Sunday, August 12, 2012

Rezeki

Setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing oleh Allah SWT...cuma kita sebagai manusia harus berusaha dan bertawakal untuk mendapatkan sesuatu seterusnya bersyukur dengan apa jua pemberian dari Allah SWT...harus diingat, apa jua pemberian dari-Nya adalah pinjaman kepada kita yang diamanahkan oleh Nya... Rezeki yang Allah berikan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk dan rupa...tak perlu lah kita menyempitkan akal fikiran kita dengan berpendapat bahawa rezeki itu seharunya datang dari sudut kewangan, harta benda, kekayaan...dan perlu diingat juga bahawa rezeki setiap manusia itu berbeza-beza sehingga kadang-kadang kita terlupa nikmat dihadapan mata yang Allah berikan kepada kita kerana kadang-kadang kita asik melihat apa yang ada pada orang lain dan apa yang tiada pada diri kita.....

Dikurniakan kesihatan yang baik, ketengan jiwa, kebahagiaan hidup juga rezeki dr Nya...cuma kadang-kadang kita terlepas pandang untuk menilainya....Peringatan lain...jangan la kita sombong dan bongkak dengan apa yang kita ada, sedangkan rezeki kita semua datang dari-Nya..

* post ini adalah peringatan utk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang masih tidak sedar dengan nikmat yang Allah berikan